
Juruterapi Pergigian adalah personel ‘front-line’ pergigian yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kumpulan sasar umur 18 tahun ke bawah. Kumpulan Juruterapi Pergigian adalah satu-satunya kumpulan ‘operating auxiliary’ yang menjalankan rawatan kesihatan pergigian asas kepada murid sekolah sekolah, tadika, pra-sekolah dan toddler di bawah pengawasan Pegawai Pergigian. Juruterapi Pergigian juga melaksanakan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan pergigian.
© Hak Cipta Terpelihara 2024 – 2026 Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia